Langkau ke kandungan utama

Keistimewaan Ramuan Herba Dalam MAB(Habbatus Sauda)



Bismillah......

Habbatus Saudah


Oleh :
Rabiatul Adawiah bt Zainal Abidin
Pegawai Penyelidik Pusat Bioteknologi MARDI
Habbatus Sauda’ terkenal sebagai tumbuhan yang mampu merawat pelbagai penyakit. Banyak kajian dijalankan sejak zaman berzaman membuktikan kebenaran ini. Malah ada yang mendakwa bahawa ia telah digunakan sejak zaman Junjungan Besar nabi kita Muhammad S.A.W. Wallahua’lam.
            Tahukah anda Habbatus Sauda atau nama saintifiknya Nigella sativatelah dipelopori oleh negara-negara Timur Tengah sejak berabad-abad dahulu. Ia merupakan sejenis tumbuhan dari famili Ranunculaceae dan telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan terutamanya bagi masyarakat Timur Tengah. Habbatus Sauda yang turut dikenali sebagai jintan hitam berasal dari kawasan Mediteranean. Ketinggian pokok Habbatus Sauda boleh mencapai had 20-90 cm, bijinya berwarna hitam manakala pokoknya mengeluarkan bunga yang berwarna ungu muda, putih, kuning dan merah jambu. Kapsul buah terdiri daripada folikel yang mengandungi biji. Rasanya sedikit pahit manakala baunya seperti bau buah strawberi.
            Menurut kitab Kanun Perubatan Ibnu Sina dinyatakan bahawa, Habbatus Sauda bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan. Di kalangan masyarakat negara Timur Tengah, Nigella sativa digunakan sebagai penawar kepada penyakit asma, kanser, masalah pernafasan, masalah keradangan malah meningkatkan penghasilan susu ibu. Malah ekstrak pati minyak dari Habbatus Sauda juga digunakan dalam kesihatan kulit seperti penawar ekzema, jerawat dan kelemumur. Ia juga dapat meningkatkan aktiviti sistem penghadaman dan pemanasan badan terutama di negara yang beriklim sejuk.
            Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%). Mineral lain ialah thiamin, niasin, kalsium, folasin, zink dan fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.
Biji Nigella sativa kaya dengan:
i. asid lemak tidak tepu yang terdiri daripada asid linoleik (Omega 6)(50%-60%) asid oleik(20%)
ii. asid lemak tepu iaitu asid palmitik13.7% dan asid stearik 2.6%
Kandungan pati minyak Nigella sativasebanyak (0.5% -1.5%) terdiri daripada:
i. thymoquinone (komponen utama melebihi 50%) yang bertindak sebagai bahan antioksida
ii. p-cymene (40%)-bahan organik
iii. pinene (15%)
            Sehingga kini pelbagai kajian telah dijalankan dalam menemui khasiat Habbatus Sauda terutamanya untuk tujuan perubatan. Para penyelidik dari Pusat Kimmel Cancer, Universiti Thomas Jefferson, Philadelphia telah menemui ekstrak Nigella sativa iaitu thymoquinone sejenis komponen kimia yang mengandungi bahan antioksida. Justeru, ia dapat menghalang pertumbuhan sel kanser pada pankreas serta membunuh sel kanser melalui proses apoptosis.
             Dr. Peter Schleicher, seorang pakar Immunologi mengesahkan kandungan asid linoleik dan asid g-linoleik dalam N.sativa mampu menstabilkan sel membran dan prostaglandin yang menghalang masalah keradangan. Tindak balas ini meningkatkan sistem keimunan tubuh badan yang memberi pertahanan dari dijangkiti penyakit seperti demam, batuk dan migrain. Asid linoleik turut diperlukan sebagai diet makanan untuk tubuh badan yang dapat mengurangkan masalah keguguran rambut dan rambut kering. Kajian klinikal mendapati asid g-linoleik dapat mengawal tekanan darah, menurunkan berat badan serta sesuai untuk rawatan diabetis dan asma.
            Selain itu, mengikut kajian dari Jabatan Fisiologi, Pusat Perubatan Ghaem dan Universiti Sains Perubatan Mashhad, rebusan ekstrak N.sativadipercayai membantu penyembuhan penyakit asma apabila diambil secara berterusan. Kajian dariHospital King Fadh University Al-Khobar Arab Saudi menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ekstrak N.sativa yang bertindak sebagai perencat aktiviti Helicobacter pylori sejenis bakteria yang mengakibatkan gastrik, ulser perut dan kanser perut. Kelebihan pati minyak N.sativa dalam melawan serangan virus atau bakteria apabila ia mampu memusnahkan struktur membran sel pembunuh dan melumpuhkan aktiviti sel tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu MAB???

Assalamualaikum بسم الله الرحمان الرحيم MAB adalah MAAJUN ANGGUN BISTARI Produk yang berasaskan herba alami dan jangan tidak tahu sudah ada kelulusan dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA(MAL19046066TC).Resepinya telah diformulasi dan digunakan turun temurun sejak 40 tahun lalu dari zaman nenek moyang lagi.Walaupun di amalkan untuk tempoh yang lama tiada efek sampingan pada kesihatan. KANDUNGAN MAAJUN ANGGUN BISTARI MAB ada dua versi,MAAJUN ANGGUN BISTARI KLASIK(mabk) dan MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET(mabt).Sekarang kita Cerita keanggunan (MABK) dan kehebatannya beraksi d sebalik Bahan-bahan yang cun melecun» (i) Madu                            (v) Kacip Fathimah (ii) Habbatus Sauda.      (vi) Serapat (iii) Manjakani.               (vii) Senduduk (iv) Inai Kesemua bahan-bahan di atas sangat besar manfaat pada tubuh wanita mengikut lingkungan umur.......

Keistimewaan Ramuan Herba Dalam MAB(Madu)

Bismillah..... MADU MADU ialah makanan yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Ia juga digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989), madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang.Secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu madu monoflora, dan madu poliflora. Madu monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nekt...