Langkau ke kandungan utama

Keistimewaan Ramuan Herba Dalam MAB(Madu)

Bismillah.....

MADU


MADU ialah makanan yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Ia juga digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia.
Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989), madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang.Secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu madu monoflora, dan madu poliflora. Madu monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja.
Madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli.
Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun, hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral.
Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa.

Pertumbuhan bakteria
Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu, madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia.
Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan -otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas.
Justeru, dalam perubatan tradisional madu digunakan sebagai badan penyembuh luka pada tubuh manusia dan mempunyai sifat melawan keradangan. Vitamin yang terkandung dalam madu termasuk vitamin B, vitamin A, dan vitamin C, manakala mineral yang biasa terkandung dalam madu ialah kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat.
Dalam madu ada pelbagai enzim yang tidak terdapat dalam gula putih. Antara enzim dalam madu ialah enzim oksidase, invertase, amilase dan katalase. Bagaimanapun, enzim utama dalam madu ialah invertase, diastase, dan glukosa oksidase.
Ketiga-tiga enzim ini memainkan peranan penting dalam pembentukan madu secara semula jadi. Enzim glukosa oksidase penting dalam penguraian glukosa kepada hidrogen peroksida dan asid glukonik. Hidrogen peroksida mempunyai sifat melawan mikroorganisma patogen, manakala asid glukonik boleh membantu penyerapan kalsium dalam tulang manusia.
Penerbitan saintifik juga membuktikan madu mengandungi pelbagai komponen kimia yang mempunyai bahan antipengoksida semula jadi seperti fenolik, flavonoid dan vitamin C. Bahan antipengoksida sangat penting membantu merencatkan penyakit kronik seperti kanser, koronari arteri, degenerasi saraf, melambatkan proses penuaan serta agen antipemerangan dalam pemprosesan buah dan sayur.
Hakikatnya, madu ialah produk semula jadi digunakan sejak dulu untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan, serta antipengoksida semula jadi.
Namun, dalam era moden dan teknologi canggih kini, ada segelintir pengusaha madu mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang mudah membuat madu tiruan dengan mencampurkan gula dan bahan kimia yang terlarang untuk menghasilkan madu seakan-akan sama warna dan rasa seperti madu asli.

Kedua-dua penulis dari Program Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia.

Teruskan Membaca di Blog Seterusnya.....



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu MAB???

Assalamualaikum بسم الله الرحمان الرحيم MAB adalah MAAJUN ANGGUN BISTARI Produk yang berasaskan herba alami dan jangan tidak tahu sudah ada kelulusan dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA(MAL19046066TC).Resepinya telah diformulasi dan digunakan turun temurun sejak 40 tahun lalu dari zaman nenek moyang lagi.Walaupun di amalkan untuk tempoh yang lama tiada efek sampingan pada kesihatan. KANDUNGAN MAAJUN ANGGUN BISTARI MAB ada dua versi,MAAJUN ANGGUN BISTARI KLASIK(mabk) dan MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET(mabt).Sekarang kita Cerita keanggunan (MABK) dan kehebatannya beraksi d sebalik Bahan-bahan yang cun melecun» (i) Madu                            (v) Kacip Fathimah (ii) Habbatus Sauda.      (vi) Serapat (iii) Manjakani.               (vii) Senduduk (iv) Inai Kesemua bahan-bahan di atas sangat besar manfaat pada tubuh wanita mengikut lingkungan umur.......

Keistimewaan Ramuan Herba Dalam MAB(Habbatus Sauda)

Bismillah...... Habbatus Saudah Oleh : Rabiatul Adawiah bt Zainal Abidin Pegawai Penyelidik Pusat Bioteknologi MARDI Habbatus Sauda’ terkenal sebagai tumbuhan yang mampu merawat pelbagai penyakit. Banyak kajian dijalankan sejak zaman berzaman membuktikan kebenaran ini. Malah ada yang mendakwa bahawa ia telah digunakan sejak zaman Junjungan Besar nabi kita Muhammad S.A.W. Wallahua’lam.             Tahukah anda Habbatus Sauda atau nama saintifiknya  Nigella sativa telah dipelopori oleh negara-negara Timur Tengah sejak berabad-abad dahulu. Ia merupakan sejenis tumbuhan dari famili  Ranunculaceae  dan telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan terutamanya bagi masyarakat Timur Tengah. Habbatus Sauda yang turut dikenali sebagai jintan hitam berasal dari kawasan Mediteranean. Ketinggian pokok Habbatus Sauda boleh mencapai had 20-90 cm, bijinya berwarna hitam manakala pokoknya mengeluar...