Bismillah...... Habbatus Saudah Oleh : Rabiatul Adawiah bt Zainal Abidin Pegawai Penyelidik Pusat Bioteknologi MARDI Habbatus Sauda’ terkenal sebagai tumbuhan yang mampu merawat pelbagai penyakit. Banyak kajian dijalankan sejak zaman berzaman membuktikan kebenaran ini. Malah ada yang mendakwa bahawa ia telah digunakan sejak zaman Junjungan Besar nabi kita Muhammad S.A.W. Wallahua’lam. Tahukah anda Habbatus Sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa telah dipelopori oleh negara-negara Timur Tengah sejak berabad-abad dahulu. Ia merupakan sejenis tumbuhan dari famili Ranunculaceae dan telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan terutamanya bagi masyarakat Timur Tengah. Habbatus Sauda yang turut dikenali sebagai jintan hitam berasal dari kawasan Mediteranean. Ketinggian pokok Habbatus Sauda boleh mencapai had 20-90 cm, bijinya berwarna hitam manakala pokoknya mengeluar...
Bismillah..... MADU MADU ialah makanan yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Ia juga digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989), madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang.Secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu madu monoflora, dan madu poliflora. Madu monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nekt...